Pages

About SMILEYKIDZ Photography


Specializing in KIDS, FAMILY & FRIENDS Photography.
Contact us for the affordable packages !!

Email: smileykidz.photo@gmail.com

************************************************************************************************

SMILEYKIDZ Photography
~where happy moments captured~

Aug 10, 2009

PHOTOSHOOT : Jubah

Salam

Rabu lepas ada job outdoor photoshoot untuk model jubah.1st time dapat job macam ni.
Banyak sungguh pengalaman untuk kali ini.
Mula2 plan nak buat shooting di Masjid Wilayah, on the way ke sana, hujan rintik2. Bila sampai ke Masjid Wilayah, ramai pulak insan yang ada siap dengan polis semua. Mungkin mereka ada majlis besar. Then kebanyakkan anjung menara(wing) yang cantik pula under construction. So mahu atau tidak, kami ubah planning ke suatu taman Koi di Sentul.

Masuk sahaja ke area Sentul.West, terus jatuh cinta, kerana landscape memang menarik. Ada tinggalan mansion lama yang sungguh old school, redup dengan dedaun pokok yang aman menyamankan.

Sudah berangan nak shoot di mansion tu tapi malangnya, kami kena HALAU dengan pihak pengurusan di sana.

Kata mereka, kalau nak shoot untuk majalah atau online bisness, kena BAYAR RM3000!!!!

Terus kami pack masuk barang dalam kereta dan beredar.

On the way keluar, kami lalu di mansion lama tu tadi. Senyap2 kami berhenti tepi jalan dan SHOOT!!!!
Dapatlah 3 keping, tapi still tak puas hati sebab shoot dalam keadaan tergesa2. Hmm...
Sayang sungguh kerana pihak pengurusan Sentul.West mengamalkan dasar 'tutup pintu' untuk shooting di sana. Kena bayar RM3000?? Ridiculous!!
Lantas kami ke Taman Tasik Titiwangsa.
Public park yang sememangnya FREE OF CHARGE.
Kemudahan pun bagus, surau dan tandas yang bersih, memudahkan model untuk bersalin pakaian.
Cuma, masalahnya: HUJAN. Lebat.
Ketika hujan lebat, kami terpaksa lakukan penggambaran di dalam surau, di pondok berteduh. Namun saya terpaksa berhati2 kerana tempias hujan kena pada lense. Saya tak mahu ambil risiko lense rosak. Oh noo nooo noooo~
Betul lah orang tua2 kata, kalau hujan lebat nanti cepat berhenti.
Tak lama lepas itu, hujan mula reda dan kami sambung balik shooting hingga pukul 4pm.
Phewww~ penat tapi seronok.








Over exposed

Bila review balik gambar, saya sebenarnya kurang berpuas hati dengan hasil kerja tangan sendiri kali ini.
Silap saya kerana guna Aperture Mode, kerana banyak gambar menjadi over-exposed.
So kena kerja keras sikit untuk edit 400keping++ gambar before deliver to customer.
Kemudian saya banyak guna telezoom 70mm-200mm. Saya sebenarnya jarang gunakan telezoom ini, pada mulanya banyak gambar blur because or hand shaking, kemudian saya gunakan tripod, lebih stabil selepas itu.
Namun, still rasa tak puas hati. Kena lebih banyak buat pembacaan tentang lense selepas ini.
Memang pengalaman yang WAJIB saya ingat.
Bukan senang nak hasilkan gambar yang sharp, clear and beautiful.
Lagipun mmg silap saya salah guna lense masa tu. Kalau guna kit lense or 50mm pun sudah mesti gambar lebih bagus dr yg ada ni.
*sigh*
Next entry:
Alesha 1st birthday party!!
OMG, she's ONE already!!!

3 comments:

Anoy said...

good start....blaja dari kesilapan, pembelajaran yg terbaik skali. Good Luck!

nard said...

hurm...penah ada blaja kat mana2 ker

~nannoor said...

nard: ada juga amikk kelas photography. tp selebihnya online browsing aja. ;)

 

Nuffnangs

Powered by Blogger.

Quem sou eu

My photo
Marathon mom. Running. Healthy Lifestyle. Photography. iPhone.

Pesquisar

Loading...

Followers