Pages

About SMILEYKIDZ Photography


Specializing in KIDS, FAMILY & FRIENDS Photography.
Contact us for the affordable packages !!

Email: smileykidz.photo@gmail.com

************************************************************************************************

SMILEYKIDZ Photography
~where happy moments captured~

Nov 30, 2008

Tasha, the lil' rascal

Ini adalah Nurul Ainaa Natashah atau Tasha. Dia bahasakan dirinya, kakak. Tasha baru menyambut hari lahirnya yang ke-3, 13 November baru2 ni.

Saya kenal dia sejak dia kecil lagi. Sungguh sebenarnya si Tasha ini adalah the lil' rascal bagi keluarga mertua saya. Keletahnya nakal tapi menghiburkan. Sering penuh dengan idea untuk melakukan sesuatu yang pastinya akan membuatkan mama nya menjerit. Oh bukan mama sahaja ya, nenek, maklang, maklong dan lain2. ;)


Tasha yang saya kenali sebenarnya bijak budaknya. Sangat curious ingin tahu tentang segalanya. Petah pula berkata2. Bila kita menegah, pasti mesti ada jawapannya.

Sebagai contoh, bila kita menegah dia memanjat grill, jawapan yang selalu didengari adalah seperti ini:

"bila kakak besar nanti, kakak panjat grill ni yeh?"


Dia akan gunakan ayat, bila kakak besar nanti......
Keletah Tasha sering mendapat perhatian dan tersemit di fikiran kami. Dia yang menggelarkan Makcik Gma nya temaaa temaa dan dia jugalah yang memanggil anak saya, baby Tnim. Gelaran tersebut menjadi ikutan utk keluarga mertua saya. Gaya sebutan nya memanggil temaaa temaaa mmg comel!





Gambar2 ini juga diambil di sekitar Bukit Melawati, K.Sgor ketika saya, suami & anak, The Twins, Tasha & Mama dan nenek bersiar2 di sana. Memang sengaja saya usulkan untuk merakamkan gambar Tasha & Mama untuk menambahkan portfolio smileykidz.
Saya alami pengalaman yang sedikit berbeza ketika dia menjadi model saya. Tasha belum pandai lagi mesra kamera. Tidak macam Izzazi. Saya kena menyuruhnya untuk senyum tapi lihatlah senyuman nya seperti gambar di atas. Aduh. ;)
Memang menjadi resam kanak2, excited dan penuh dengan energy. Bila waktu saya sibuk merakamkan aksi The Twin, Tasha akan inter-frame. Tapi bila aksinya pula, dia sibuk mahu bermain2 dengan sepupu kembarnya itu. Aduhai...
Tasha... Tasha... karenahnya memang menghiburkan. Oh juga memeningkan.
Maklang suka kalau balik K.Sgor Tasha ada di rumah nenek, boleh main dengan
baby Tnim. Baby Tnim pun suka kalau kakak Tasha ada. :)
Okaylah, sudah 2 entry saya dalam smileykidz@blogspot ini. Buat masa ini, saya masih di dalam persiapan untuk memantapkan skill dan teknik merakamkan aksi dan gelagat kanak2 melalui tutorial online, melihat hasil kerja photographer yang lebih hebat dan seterusnya mencuba2 teknik tersebut ke atas anak saya sendiri. Iya lah kan, siapa lagi mahu saya jadikan model tanpa bayaran? ;)
Untuk seterusnya dari smileykidz, nantikan ada promosi hebat yang akan di lancarkan tidak lama lagi. So stay tune and enjoy the view ok!

0 comments:

 

Nuffnangs

Powered by Blogger.

Quem sou eu

My photo
Marathon mom. Running. Healthy Lifestyle. Photography. iPhone.

Pesquisar

Popular Posts

Followers