Pages

About SMILEYKIDZ Photography


Specializing in KIDS, FAMILY & FRIENDS Photography.
Contact us for the affordable packages !!

Email: smileykidz.photo@gmail.com

************************************************************************************************

SMILEYKIDZ Photography
~where happy moments captured~

Oct 29, 2009

Nantikan kemunculannya!

Salam readers.
Wow wee... sungguh meriah ONLINE CONTEST~ SENYUMAN CERIA SI COMEL. Sedar tak sedar tinggal 3 hari saja lagi sebelum contest ini menutupkan pintu penyertaan.
As of now, kami telah menerima lebih dari 200 penyertaan dari semua blogger mommies, daddies juga uncles & aunties. Terima kasih byk2 ya.

Juga, sebahagian besar entry telah pun kami terjah dan kami tinggalkan komentar di entry tersebut. Mana yang tak boleh komen tu, kami tinggalkan jejak di ruangan shoutbox. Tetapi ada juga yang langsung tak boleh nak komen. Komen box xde, shoutbox pun xde. So camana tuuu yeee?? Jangan nanti ada yang claim kami tak review entry anda pulak. Tak baik tau camtu... T___T.

Ada juga yang tinggalkan link 2-3 kali, ye lah risau sebabnya kami belum terjah lagi entry anda. JANGAN RISAU tuan tuan dan puan puan juga cik cik semua. InsyALLAH kami akan terjah sebelum dateline contest ni. Buat masa ini, ada lebih kurang 60++ entry yang belum diterjah, semua entry tu date comment 28/10/09.



Ada yang tanya, kenapa kami lambat nak terjah??
huhuuuhuu..
Nak tahu sebab apa? Sebab2 perkara di bawah ni lah yang melambatkan sessi terjahan kami.
  1. Masa yang terhad. Sebab juri utama contest ni boleh buat sessi terjahan waktu siang saja. Malam dah dipenuhi dengan family commitment, nak masak dinner, nak layan anak, borak2 dgn suami, then nak tidokan anak etc yang tiada kesudahannya lah kalau nak list kat sini pun. Majoriti peserta kan mommies, so mesti dah faham sangatkan keadaan kita kat rumah cemana. ;p

  2. Kebanyakkan peserta disable right click kat pictures tu. So kat situ dah tambah lagi 1 step nak enlarge the pic then baru boleh nak right click & copy & paste kat dalam template contest kami. Nak tunggu gambar tu complete upload, dah makan masa.

  3. Then kami kena check pulak bloglist peserta. Majoriti peserta ada lebih dari 20 link, ada juga yang cecah ke 60-70 bloglist, berpinau mata nak check satu2. Kena pulak kalau tuan punya blog tu tak sort bloglist beliau ikut alphabet ke, ikut update time ke.
    huhuhuhu. (jgn marah eyy kot sape terasa tu...ni pengakuan ikhlas ni.)

  4. Bila gambar dah pilih, bloglist dah cek, so kena lah nak tinggalkan komen kan. Most of the time nak upload comment box pun amik masa. Then, WORD VERIFICATION. Aduyaiiiii!!!!! Dah lah wording dia very confusing, rapat2 and kadang2 langsung ntah hape. Seriously, dah rasa cam allergy pulak dengan benda alah ni. HA HA HA HA HA ( sumpah lepas ni i off word verification heheheh)
Eh kami tak komplen tau...seriusly.. ini bukan komplen, ini sekadar pemberitahuan saja.
Ye lah, tak mahulah anda semua ingat kami lupa nak review entry anda.
So peserta semua... harapnya dapat bersabar seketika sehingga entry anda telah diterjah ye. Kami juga nak minta maaf kot ada peserta contest ni terasa hati ke pulak dengan luahan rasa kami ni. Harap maaf zahir dan batin okey. :)


Oh ya..... sebagai pentutup entry, nantikan kemunculan pelancaran promosi hebat SMILEYKIDZ khas untuk IBU-IBU MENGANDUNG. ( wah ayat "ibu-ibu mengandung" x boleh blahh heheh) err.. ok kembali serius.
SERIOUS, nantikan promosi hebat ini ok. Gerenti berbaloi baloi.
*wink*

Oct 23, 2009

Salam untuk semua Contestant

Salam semua

Terima kasih di atas semua penyertaan anda.
Setakat hari ini, SMILEYKIDZ telah pun menerima lebih dari 100 penyertaan.
Woww!!! Tak sangka jadi contest yang hot! ;P

Anyway,
SMILEYKIDZ ingin meminta maaf banyak jika membuatkan anda semua tertunggu2 "terjahan" dari SMILEYKIDZ.
Jangan risau semua. SMILEYKIDZ pasti terjah dan review entry anda. Cuma cepat atau lambat saja.
Setelah kena terjah, SMILEYKIDZ pasti akan tinggalkan nota/komen di dalam entry itu.

So jgn risau ok.
Kalau2 lah menjelang tarikh akhir itu entry anda belum kena review lagi, boleh hantar sekali email/komen kepada SMILEYKIDZ, manalah tahu kalau2 ada yang tertinggal.

So have a good weekend ok!

Ceria ceria selalu!!!!

Oct 21, 2009

Online Contest: Questions & Answers

Salam readers,
Pertama sekali TERIMA KASIH banyak di atas penyertaan anda semua di dalam ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.

Penyertaan semua amatlah dihargai.

SMILEYKIDZ telah pun melakukan sessi terjah ziarah untuk sebahagian entry penyertaan contest ini, namun masih ada lagi yang belum kena terjah di ziarahi.
Jangan risau ye para peserta, SMILEYKIDZ pasti akan review entry anda dan akan meninggalkan komen sebagai tanda entry anda telah direview. Kalau tak cukup syarat pun pasti akan diberitahu. hehehee

Anyway,
Ada beberapa pertanyaan yang telah diutarakan oleh mereka di dalam komentar entry contest itu dan ada juga yang email saya directly.
So ada baiknya saya menjawab persoalan2 tersebut di sini:

Q1.
Saya belum berkahwin, tetapi saya ada anak sedara/adik/sepupu yang mempunyai senyuman yang comel. Boleh ke saya join contest ni?
BOLEH! Anda masih boleh menyertai online contest ini dengan meletakkan gambar anak sedara/ adik/ sepupu yang masih berada di usia 1hari-4tahun. TETAPI, sekiranya anda terpilih sebagai pemenang, photoshoot tersebut MESTILAH melibatkan anak sedara/ adik/ sepupu anda tersebut.


Q2.
Saya takde blog lah tapi saya berminat nak masuk contest ni, camana eh?
Kalau anda tidak ada blog, saya suggest anda register blog dan buat entry untuk contest ini. Ini kerana kalau tidak ada blog, bagaimana pula SMILEYKIDZ nak buat review entry itu kan??Maaf ya, penyertaan di dalam face.book tidak di ambil kira.

Q3.
Anak saya sekarang dah berusia 5 tahun, boleh ke saya join contest ni dengan meletakkan gambar anak saya masa berusia 3 tahun?
Maaf! Tidak boleh!! Syarat penyertaan, umur anak anda sekarang mestilah dalam usia 1hari - 4 tahun. Ini untuk berlaku adil kepada semua peserta yang lain.


Q4.
Boleh ke saya letak gambar anak saya masa dia berusia 7 bulan, sekarang dia dah setahun. Boleh tak?
BOLEH SAJA!!! Yang penting, umur anak anda sekarang tidak melebihi 4 tahun. Nak letak gambar masa dia umur 5 hari ke, 8 bulan ke, 10 bulan ke tidak ada masalah.

Q5.
Saya berminat nak tahu tentang package SMILEYKIDZ. Boleh tak?
Sudah semestinya BOLEH. ;p Emailkan pertanyaan anda untuk quotation kepada
smileykidz.photo@gmail.com
Saya akan revert to your email as soon as possible.

So readers,
Harapnya saya telah menjawab sedikit sebanyak persoalan yang telah diutarakan.
Jika ada sebarang pertanyaan tentang contest ini, boleh email saya di smileykidz.photo@gmail.com

Tinggalkan komentar di entry ini pun boleh, insyAllah saya akan menjawab pertanyaan itu.

Oct 19, 2009

Online Contest~Keep the entry coming in!!!

ello readers,

MANY MANY MANY MANY thank you for all the participation entry.
I have a good time reviewing the pictures and oh my~ semuanya comel2 belaka.

Anyways........
Good Luck to all the contestants.
For those yang berminat nak join contest ni, jangan tunggu lagi.
Take a dive in your hardisc and pilih senyuman paling ceria si comel anda.
Due date will be on the 31st October!!

Oct 16, 2009

Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel

**** THIS CONTEST IS CLOSED FOR ENTRY***


Buat julung2 kalinya, SMILEYKIDZ ingin menganjurkan

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.

Hadiah yang ditawarkan adalah:

Pemenang Utama x 1 org:

Outdoor fotografi selama 1 jam

~unlimited shots~

~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

******************

Pemenang sampingan x 2 org:

Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50


So apa tunggu lagi???

Sertai online contest ini sekarang. :)

Online contest ini di buka dari tarikh:

15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.

Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.

Cara2 penyertaan?

  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
  • AMARAN: no link back will be disqualified
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.
  • Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:
Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:
  • Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
  • Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
  • Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
  • Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
  • Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
  • Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
  • Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
  • SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
  • SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
  • Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira
****************************************
Contoh gambar senyuman ceria si comel adalah seperti banner contest ni.
Ceria kan senyuman tu?

SO apa tunggu lagi??

Jangan tunggu lama lama .. nanti lama lama.. langsung terlupa buat entri .....

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan komen di entri ini ataupun emailkan ke smileykidz.photo@gmail.com.
 

Nuffnangs

Powered by Blogger.

Quem sou eu

My photo
Marathon mom. Running. Healthy Lifestyle. Photography. iPhone.

Pesquisar

Followers