Pages

About SMILEYKIDZ Photography


Specializing in KIDS, FAMILY & FRIENDS Photography.
Contact us for the affordable packages !!

Email: smileykidz.photo@gmail.com

************************************************************************************************

SMILEYKIDZ Photography
~where happy moments captured~

Dec 26, 2008

Hi

Hello semua.
Maaf atas 'kebisuan' utk seketika. Setelah hampir 3 bulan bersenang lenang di rumah dan bergembira dengan buah hati saya, maka apabila saya terjun kembali ke alam pekerjaan 9-5 minggu lepas, banyak rutin baru seperti bangun pagi pukul 6pg, mandi pagi pukul 6.15pg, memandu di jalan raya seawal jam 7pg utk mengelakkan kesesakan, bekerja keras utk mencari parking apabila sampai di kawasan ofis, kemudian saya juga perlu belajar dan bekerja keras untuk 'catch-up' dengan rakan sepasukan yang ternyata celik IT dan saya ini adalah buta  kurang celik IT, kemudian apabila waktu pejabat tamat, saya perlu bergegas utk pulang dan kena mengharungi kesesakkan yang dasyat ya amat tetapi terima kasih pada NPE saya hanya perlu mengharungi kesesakkan di Federal Highway hanya sekejap saja dan seterusnya apabila sampai di rumah saya akan menjalankan tanggungjawab saya pada suami dan anak pula seperti memasak, mengemas rumah, membasuh, melipat dan menseterika baju dan seterus menidurkan anak sehingga saya pun tidur sama. Wah banyaknya perkara baru yang berlaku dalam hidup saya dan dengan perasan saya kata I'm doing great at the moment. ;p  
Ok ok. Saya buang perasaan perasan itu. Haha
Oh sebenarnya apa yang saya nak kongsi hari ini adalah keterujaan saya untuk menunggu esok hari, Sabtu kerana saya akan ke Subang Jaya untuk mengambil gambar majlis kenduri aqiqah.
Pasti saya akan cerita tentang pengalaman itu nanti ya.
Sehingga itu Selamat Bercuti Panjang di akhir tahun. :)

0 comments:

 

Nuffnangs

Powered by Blogger.

Quem sou eu

My photo
Marathon mom. Running. Healthy Lifestyle. Photography. iPhone.

Pesquisar

Popular Posts

Followers