Pages

About SMILEYKIDZ Photography


Specializing in KIDS, FAMILY & FRIENDS Photography.
Contact us for the affordable packages !!

Email: smileykidz.photo@gmail.com

************************************************************************************************

SMILEYKIDZ Photography
~where happy moments captured~

Nov 26, 2008

The Twins

Saya sentiasa fikir yang kembar adalah sesuatu perkara individu yang unik dan menarik. Sudah nyata yang semestinya kejadian kembar itu sendiri adalah bukti kejadian fitrah manusia ciptaan agung Tuhan yang Maha Esa. Walaupun saya dilahirkan di dalam keluarga yang tidak mempunyai genetik kembar, namun saya bertuah kerana masih ada kelahiran kembar di dalam famili besar baik di pihak saya, ataupun suami.


Portfolio saya yang pertama adalah kembar tidak seiras Izzazi dan Izzati. Lebih mudah jika kita panggil mereka, Kakak (Izzazi) dan Adik (Izzati). Tahun depan mereka 6 tahun, dan akan mula menjejakkan kaki ke alam sekolah, eh bukan, pra-sekolah lah. Bila ditanya, seronok kah ke sekolah? Seorang jawab YA dan seorang lagi jawab TAK. Aduh, macam mana tu? ;)

If you havent met the parents, you woudnt believe that they are twins. Kakak mirip sekali papa mereka; chinese-look dan adik, sungguh iras mama yang berketurunan Pakistan. Sebagaimana bezanya iras mereka, personaliti juga berbeza. Menurut mama, kakak lebih banyak karenahnya, ingatkan perhatian, kuat makan, defensive,lebih chatty walaupun patah kata masih ada pelat. Ada sekali si adik mengejek, kakak ni pelat totok sementelahan mendengar butiran kata kakak. Tergelak saya mendengarnya bila adik mengata. Adik pula pemalu, kurang selera makan, tutur kata yang lancar tidak pelat namun suka memendam rasa.



Oh, kakak suka kamera. Pantang nampak lensa terus senyum.




Adik pula, payah nak lihat dia senyum pada kamera, but when she smiles; it was the sweetest smile I've ever seen!!




Macam adik beradik yang lain, mereka tetap bergaduh antara satu sama lain. Tidak boleh tidak. Jika kakak dapat roti, adik pun mesti dapat roti juga. Mama bercerita, nakal mereka juga sama naiknya. Kadang si kakak yang beri idea, kadang si adik yang buat kerja. Tapi kalau nak kena, tak kira siapa yang mula; 2-2 'dapat'. ha ha.


Photo shoot ini dibuat di Bukit Melawati di K.Selangor. Kebetulan mereka telah ada seminggu di rumah mak mertua. Cuti sekolah kan. Sayang sekali mama mereka tidak dapat bersama kerana perlu pulang ke Lumut petang itu.

Saya masih hijau dalam arena kids photography. Masih banyak yang perlu belajar. Masih banyak yang perlu saya praktis. Masih banyak ruang untuk saya perbaiki. Photography is not easy, it takes a lot of skills to be a good photographer. To produce not just good, but great photos. But the most important thing is passion. At least from thought. Saya kurang kemahiran tetapi saya ada passion yang mendalam dalam fotografi. Dan itu adalah pegangan saya sejak dari dulu lagi. InsyAllah, saya akan cuba memperbaiki dan menajamkan skill tersebut. :)


Okay lah, cukup2 lah saya membebel kali ni. Saya ucapkan terima kasih pada semua yg sudi untuk menjengah ke SMILEYKIDZ @ blogspot dan semoga gambar2 ini dapat menjadi santapan mata anda semua.


Enjoice!



Sneak peak next entry:

Memperkenalkan Tasha, the lil rascal. ;)


3 comments:

hacienda-hyacinths said...

ok pe pic ko...mcm dh pro..chantek..

hahaha,mane nye aku x komen,ko visit blog aku,dlm nuffnang nye akaun ade record ko visit aku..teror kan

Anonymous said...

terima kasih. terima kasih.
aku belum ready nk go public. MGH dah approve cuma nak cantikkan a few other things.

Anonymous said...

comel2 gamba dlm ni :) teruskan usaha

 

Nuffnangs

Powered by Blogger.

Quem sou eu

My photo
Marathon mom. Running. Healthy Lifestyle. Photography. iPhone.

Pesquisar

Popular Posts

Followers