Setiap orang pasti ada preferensi cara mengambil gambar. Kalau kita lihat gambar hasil dari jurugambar professional, mereka mempunyai
trademark atau
style yang tersendiri.
Saya tidak layak digelar
photographer, saya hanyalah seorang ibu anak 2 yang suka mengambil gambar orang di sekeliling, terutama anak2 dan suami.
Ini menerangkan gambar saya boleh dikira dalam dalam koleksi ribuan gambar2 di dalam hard disc
:|
Berbalik kepada gaya foto, gaya saya adalah:
close-up portrait.
Sebagai contoh:
|
Anak sulung: Tasneem Athirah |
|
Nurul Izzati |
|
Bayi saya: Nadha Haseena |
|
Safia |
|
Dini Irdina |
Saya berasa puas dapat melihat gambar close-up potrait sebegini.
Nampak dengan jelas dan besar riak muka si kecil.
Lebih detail. Lebih peribadi.
Sebagai contoh, gambar anak kedua saya, Haseena. Boleh kita lihat lelehan air liur dalam gambar itu.
Itu yang membezakan close up shot dengan gaya gambar yang lain.
Shot sebegini tidak memerlukan prop yang banyak. Kerana target shot adalah
close-up wajah. Maka prop yang diperlukan hanya lah, buat si kecil tersenyum gembira.
Senang bukan?
Anda suka?